Tips Bila Sakit Mata
KONJUNKTIVITIS berlaku apabila timbul keradangan pada selaput konjunktiva mata. Selaput konjunktiva adalah selaput lut sinar yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Fungsi utamanya adalah menghasilkan lapisan kelembapan semula jadi dan melindungi mata.
Konjunktivitis adalah penyakit yang kerap melanda kalangan dewasa dan kanak-kanak. Konjunktivitis boleh berjangkit melalui sentuhan secara fizikal. Ia juga boleh disebabkan jangkitan kuman (bakteria atau virus) atau alahan. Selain itu, alergen (bahan yang boleh menyebabkan alahan) seperti debu hama, debunga, bulu dan kulit mati haiwan juga boleh menyebabkan konjunktivitis.
Konjunktivitis juga boleh disebabkan alahan terhadap bahan kimia seperti produk kosmetik, minyak wangi dan penggunaan kanta lekap. Antara tanda yang biasa dialami pesakit adalah mata merah, berair, pedih, discaj berlebihan dan kegatalan pada mata.
Alahmdulillah ECPI Eye-care mampu merawat kedua-dua punca Konjunktivitis.
Cara guna ECPI Eye-care
Bagi memastikan kesan yang optimum teknik yang betul perlu diamalkan pesakit iaitu:
1. Cuci tangan dengan menggunakan air dan sabun sehingga bersih.
2. Lap kawasan mata dengan kain bersih atau kertas tisu bagi membuang kekotoran yang melekat di kawasan mata.
3. Buka penutup botol ubat titis mata.
5. Dongakkan sedikit kepala.
6. Tarik bahagian bawah kelopak mata sehingga mempunyai ruang yang mencukupi untuk meletakkan ubat.
7. Dekatkan penitis ke bahagian bawah kelopak mata yang ditarik. Pastikan hujung penitis tidak menyentuh mana-mana bahagian mata.
8. Picit botol ubat titis mata dan titiskan dos seperti yang disaran.
9. Tutup mata selama lebih kurang seminit supaya ubat dapat diserap ke dalam mata.
10. Lap lebihan ubat titis mata menggunakan kain bersih atau kertas tisu.
11. Ulangi langkah tadi selepas lima belas minit jika perlu.
In Sha Allah ECPI Eye-care tiada kesan sampingan.
Kawalan jangkitan
Konjunktivitis yang disebabkan bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah. Oleh itu, langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelakkan penyebaran jangkitan penyakit ini.
Caranya ialah:
- Elak sentuhan fizikal dengan pesakit konjunktivitis
- Cuci tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata
- Elak berkongsi tuala dan barang peribadi dengan orang lain.
Comments
Post a Comment